Asyterot Karnaim (Ibrani: עַשְׁתְּרֹת קַרְנַיִם), juga dieja Asyterot-Karnaim, merupakan sebuah kota pada zaman dahulu di negeri Basan timur dari Sungai Jordan.
Nama kota ini sebenarnya merangkumi dua kota yang berjiran: Asytarot, dan di timur lautnya Karnaim, yang mengilhak namanya setelah Asytarot tewas dan dikenali sebagai Asyterot Karnaim.[2] Asyterot Karnaim disebut dengan nama ini dalam Kejadian 14:5, dan dalam Yosua 12:4 dimana ia dipanggil "Asytarot" sahaja.[3] Karnaim juga disebut oleh nabi Amos (Amos 6:13) di mana mereka di Israel bongkak kerana telah menawannya dengan kekuatan sendiri.
Karnaim/Asyterot Karnaim dianggap sama dengan Karnaim zaman Keyanunian dalam 2 Makabe 12:21 dan mungkin juga possibly as "Karnaim" dalam 1 Makabe.
Eusebius (s. 260/265–340) menulis tentang Karneia/Karnaia, sebuah kota kecil di "Arabia Petraea", di mana rumah Yob dicam melalui tradisi.[4]